Wednesday 28 May 2014

10 Amalan Harian Yang Mampu Mengubah Hidup Anda

10 Amalan Harian Yang Mampu Mengubah Hidup Anda
10 Amalan Harian Yang Mampu Mengubah Hidup Anda

10 Amalan Harian Yang Mampu Mengubah Hidup Anda


10 Amalan Harian Yang Mampu Mengubah Hidup Anda | Assalamualaikum.. Kalimah kata kongsikan 10 amalan ini agar sama-sama kita praktikkan dalam kehidupan seharian. In shaa Allah amalan ini adalah sunnah Rasulullah SAW dan mampu mengubah hidu kita menjadi lebih bahagia dan bermakna..

1) Berusahalah untuk bertahajjud (kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya).

Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis:

“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci. 

2) Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari (sumber ketenangan seorang mukmin). 

Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia merupakan pengerak utama kepada kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82)

3) Memelihara kesempurnaan solat (kekuatan mukmin muslim yang utuh). 

Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat juga menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Solat juga menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” (HR Nasai)

4) Jaga solat dhuha (kunci rezeki terletak pada solat dhuha).

Rasulullah SAW bersabda:

“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau ter’miss’ atau tertinggal walaupun sehari.

5. Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan sekuntum senyuman (penyubur kasih sayang). 

Sedekah membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman:

“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2 : 261)

6) Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus (Allah menyayangi hamba yang berwudhu’).

Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”
Saidina Umar Al-Khattab RA:

“Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”


7) Amalkan istighfar setiap masa (agar terhapus segala dosa dan noda). 

Istighfar menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Muzamil 73 : 20)

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda:

“Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)

8) Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT. 

Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur. Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.


9) Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif (watak sahsiah seorang mukmin sejati). 

Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya:
“Senyum itu adalah sedekah.”

Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.

Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. Imam Al-Banna berkata:

“Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”

10) Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT (di situ terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT). 

Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :
“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas:

“Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”

Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita. Jom sahabat-sahabatku kita jadikan 10 amalan ini sebagai kekuatan diri dalam rangka menjadi hamba Allah SWT. Amin

Tuesday 27 May 2014

Tips Mendidik Anak Yang Degil Dan Lasak

Tips Mendidik Anak Yang Degil Dan Lasak


Tips Mendidik Anak Yang Degil Dan Lasak


Tips Mendidik Anak Yang Degil Dan Lasak | Buat renungan bersama, para ibu bapa, bakal bergelar ibu bapa, bakal bergelar suami isteri, kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut. Renung-renungkanlah, anak-anak kita adalah cerminan diri kita..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak mendengar kata’.

Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa.

Sebaliknya, perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.

Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, merosakkan permainan dan sebagainya lantaran kekecewaan kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi.

Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. 

Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. 

Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh”, sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. 

Kita tidak boleh menjangkakan anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai Personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. 

Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur. Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. 

Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. 

Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. 

Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan sisihkan anak dan cubalah memahaminya.

Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak.

Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb.

Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam. 




Fakta Kenapa Rakyat Terengganu Dan Kelantan Sangat Bijak

Fakta Kenapa Rakyat Terengganu Dan Kelantan Sangat Bijak

Fakta Kenapa Rakyat Terengganu Dan Kelantan Sangat Bijak


Fakta Kenapa Rakyat Terengganu Dan Kelantan Sangat Bijak | Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu?

Satu kajian tak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana.

Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata.

Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama nasi/ bubur nasi.

Thursday 22 May 2014

Tips Cinta Suami Isteri Untuk Menjadi Lebih Romantik

Tips Cinta Suami Isteri Untuk Menjadi Lebih Romantik
Gambar Hiasan

Tips Cinta Suami Isteri Untuk Menjadi Lebih Romantik


Tips Cinta Suami Isteri Untuk Menjadi Lebih Romantik ♥ | Jom kita baca tips yang mungkin dapat dipraktikkan oleh anda pasangan suami isteri semua.. :)

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

3. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

4. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

5. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

Selamat mencuba Tips Cinta Suami Isteri Untuk Menjadi Lebih Romantik ini. =)

sumber

Wednesday 21 May 2014

Tips Mengambil Hati Pasangan Suami Isteri


Tips Mengambil Hati Pasangan Suami Isteri
Gambar Hiasan


Tips Mengambil Hati Pasangan Suami Isteri | Assalamualaikum, kali ini kami ingin berkongsi tips yang memberi keharmonian dalam rumahtangga. In shaa Allah. Jom kita try...

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips Mengambil Hati Pasangan Suami Isteri 


Tips mengambil hati suami
  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh


Tips mengambil hati isteri
  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.